Sejarah Kamera web

Pertama kali digunakan pada tahun 1991, sabuah webcam di arah kepada teko kopi Bilik Trojan di jabatan sains komputer Universiti Cambridge. Kamera itu akhirnya dipadamkan pada 22 Ogos 2001. Gambar terakhir ditangkap oleh kamera tersebut boleh dilihat di laman webnya.[2][3] The oldest webcam still operating is FogCam at San Francisco State University, which has been running continuously since 1994.[4]

Salah satu tapak webcam yang dilapor secara meluas adalah JenniCam, bermula pada 1996, yang membenarkan pengguna Internet untuk memantau kehidupan peserta rancangan, menyerupai siri reality TV Big Brother]], yang dilancarkan tiga tahun berikutnya.[5] Lebih terkini, laman ‘’Justin.tv’’ memberikan aliran video dan audio dari kamera mudahalih yang dipasang pada kepala peserta. Kamera lain dipasang di jambatan, dataran awam, dan tempat awam lain, gambaran mereka tersedia sebagai laman Web umum menurut konsep asal "webcam". Himpunan laman web telah muncul, membekalkan beribu aliran video atau gambar kaku terkini, membenarkan pengguna menjumpai aliran video berasaskan lokasi dan criteria lain.

Sekitar awal abad ke-21, pengilang hardware komputer mulai membina webcam secara langsung kepada komputer riba dan komputer meja, dengan itu menyingkirkan keperluan bagi menggunakan kamera luaran USB atau Firewire. Secara beransur webcam semakin banyak digunakan bagi perhubungan antara dua orang, atau antara beberapa orang, berbanding menawarkan pandangan di laman Web kepada orang awam yang tidak dikenali.